Dalam tahun ini, dah 2 kali aku dan keluarga merasai kesejukan udara Cameron Highland..tapi kesejukkannya tak dapat tandingi semasa kami pergi awal bulan Februari lalu..Inilah serba sedikit gambar yang dapat aku uploadkan untuk menjadi 1 kenangan manis buatku..Ko perasan tak buat labu kecik yang adik aku pegang tu?? Itu buah labu asli tau bukan mainan HAHA..aku ingatkan mainan pada mula-mulanya tapi bila salegirl tu cakap '' ini buah betul punya" agak terkaget jap aku disitu....

Hah time ini memang suka sangat sebab ada 1 kedai tu semua pink aje kebanyakkan barang yang dijual..apa lagi agak mencuci mata dan menabung sekejap dikedai berkenaan..tak apa janji pink mak rela youuu..HAHAHA kalau nak beli barang baik pergi Tanah Rata sebab harganya lebih murah dari tempat lain..menyesal aku tak beli headphone seperti gambar diatas huhu..manalah tau satu masa nak pergi tempat sejuk main salji bolehlah pakai HAHAHA...

Cantik sungguh pemandangan Kebun Teh ni...nak framelah gambar ni unik lah rasanya 2 keluarga bergabung..meretap..meletop!!! ehh tiba-tiba lagu Stacy keluar apa kes?? gambar kecil yang aku selitkan dibawah gambar kebun teh itu adalah gambar dirumah Rehat Bank Negara Malaysia di Cameron Highland..cantikk oo halamannya..rasa nak petik aje bunga-bunga itu HAHAHA..

Last pic, adik aku Nadia bersama sepupuku Abg Mansor..lentikkk tu misainya hehehe...memang sempoi gilalah sepupu aku ni..satu kepala dalam semua hal ;)

















