Jumaat, 9 Disember 2011

CONTEST LIKE FAN PAGE BY CNP

Assalamualaikum,



Hari ni Cik Nurul Pinky ( CNP ) tetiba sahaja nak adakan contest untuk anda semua supaya anda semua dapat memenangi hadiah. Kali ni senang je caranya hanya click..click je hehe.


Caranya mudah je,


Pergi ke Inidiarinurul Blog Fan Page, LIKE FAN PAGE, pastu post dekat wall tersebut




" yahoo ! Join #contest inidiarinurul.com "




Contest ini akan tamat pada 9/12/2011 ini. Pemilihan pemenang untuk kali ini CNP gunakan khidmat Random.org berdasarkan post yang pertama mewakili angka 1 dan seterusnya. Sorang HANYA LAYAK POST SEKALI SAHAJA !


Hadiahnya ialah Naturactor dan Compact powder Mac.

Rabu, 7 Disember 2011

BRUSH MAKEUP KATEGORI WAJIB ADA

Morning semua,

Pagi ni rasa liat sikit nak bangun sebab semalam lambat tidur kahkahkah. Dah pulak tu just pakai Naturactor dan loose powder je ke office, inilah padahnya orang dah kejut tidur balik :(

Oklah malas nak celoteh panjang...kita ke topik yang sebenarnya LALALA

Hari ni CNP akan menjawab 1 email yang bertanyakan tentang lipstik yang CNP selalu guna. So inilah jawapannya.



Untuk mendapatkan hasil solekan yang menarik dan cantik, saya menggunakan berus khas untuk sesuatu kegunaan, lipstik pun saya menggunakan berus. Secara tak langsung ia nampak teratur dan tidak comot. Begitu juga eyeshadow, kebanyakkan lebih suka menggunakan jari tapi bagi saya ia nampak tidak sekata kalau menggunakan jari. So dalam apa jua saya makeup, memang tidak lari dengan menggunakan berus-berus makeup. Itu memang sangat penting.




Berus set ni ada dari yang  basic hinggalah ke profesional...Terpulang pada andalah mana yang anda mahu hehehe.

Berus makeup Mac basic RM15.00
Berus makeup Bobbi Brown Profesional RM85.00

Siapa nak order boleh isi form di bawah sekali blog CNP ni yer. 

Ada sebarang pertanyaan terus je email cnp_ciknurulpinky@yahoo.com

Sayang korang ketat-ketat hehehe.


Isnin, 5 Disember 2011

"SEGMENT REVIEW BLOG BERSAMA CC"



1st time tertengok blog Cik Cempaka ( CC ) terus terpikat hehehe..Nak tahu sebab apa?? sebab suka tengok doll-doll comel yang CC hasilkan. Kalau tengok doll yang dihasilkan semuanya cute dan penuh dengan kasih sayang pewitttttt ! Mesti CC ni pun comel sebagaimana doll-doll yang direkanyakan..hehehehe.

Meh pakat usha blog comel Cik Cempaka ;)

KELIHATAN MATA PANDA??

Assalamualikum,


Alhamdulillah semalam CNP telah berjaya mendapatkan sijil kursus persolekan BRIDAL dengan jayanya. Risau jugak kalau tetiba tak boleh buat haru birulah jawabnya.


Oklah, kali ini nak review 1 produk yang best sangat-sangat bagi CNP. Siapa yang eyebagnya teruk seperti kelihatan mata panda??? hehehe jangan risau lepas ni masalah korang semua akan beres InsyaAllah.


1st time CNP pakai wow memang hilanglah kesan eyebag ni dari tatapan umum. Cara pakainya pun senang just dap..dap aje di kawasan eyebag tu aje.




Concealer Mac yang sangat best !!! RM12.00 SAHAJA




Selamat tinggal mata panda hehehehe ;)


Ini contoh pemakaiannya, lepas itu just dap-dap aje.



Perbezaan jelas kelihatan hehehehe..


Berminat just isi form di bawah sekali blog inidiarinurul ni ye..

ada pertanyaan just email me at  cnp_ciknurulpinky@yahoo.com



* alamak keyboard huruf  " A " tercabut ;)

Khamis, 1 Disember 2011

TUTORIAL GYARU MUSLIMAH

Selamat pagi semua sahabatku,

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini bersiap sedialah anda dengan tutorial Gyaru Muslimah hehehe. Cuba, cuba dan terus mencuba ok. Jangan mudah putus asa tau. Setiap kejayaan pasti ada kegagalan so berusahalah anda !!



Inilah hasilnya selepas  Sejam mengadap cermin dan kamera hehehe.. Nak tahu cara-cara makeup seperti ini, sila ikut arahan tutorial dibawah ini secara pelan-pelan ye..

Selamat Mencuba,




1. Cuci muka sebersihnya, spraykan FACEMIST ke muka untuk mendapat kesegaran kulit wajah dan membuatkan makeup tahan lama.

2. Sapukan Naturactor color hijau di kawasan ada cela/ parut sahaja secara dap-dap.

3. Sapukan Naturactor ( ikut kod warna bersesuai dengan kulit muka kita ) di keseluruhan muka secara dap-dap juga.
4. Sapukan eyeprimer untuk eyeshadow tahan lama.




5. Sapu keseluruhan muka dengan loose powder menggunakan berus kabuki atau berus jenis besar.

6. Sila letakkan loose powder tadi secara bertompok di bawah mata, ini untuk memudahkan lebihan eyeshadow jatuh di bahagian bawah mata dibersihkan.

7. Berus yang akan digunakan...hehehe.

8. Ambik eyeshadow color putih, dan sapukan diseluruh kelopak mata sehingga bawah kening. ( rujuk gambar no 9 )





10. Sapu color Ungu ( ikut citarasa masing-masing ) dibahagian tengah kelopak mata, sapu secara membulat dari tengah hingga ke hujung ekor mata.

11. Sapu color coklat dibahagian hujung ekor mata secara membulat menghala ke tengah kelopak mata.

12. Ambik color hitam dan sapu dibahagian hujung ekor mata sahaja secara membulat. Pastikan jangan sampai ketengah kelopak mata seperti nombor 10 dan 11. ( rujuk gambar no 13 )





14. CNP guna eyeliner kajal untuk menampakkan lagi kehitaman dan menyerlahkan lagi mata seperti gadis arab gituuuu.

15. Guna berus flat dan kecil untuk sapu kajal tadi untuk mengelakkan dari comot.

16. Gunakan pengepit bulu mata untuk menampakkan bulu mata lebih panjang.





17. Guna eyeliner kajal sekali lagi, kali ini kegunaanya untuk mengaris dibawah mata pula.

18. Guna berus seperti no 15 tadi, untuk merapikan supaya tidak kelihatan comot. Garisan mestilah tidak melebihi tengah bawah mata.Hanya sapu dibahagian hujung mata sahaja.

19. Gam bulu mata pastikan yang kuat sikit ye sebab tak mahu tercabut di depan orang hehehe.. Sapu gam pada bulu mata palsu di bahagian garisannya sahaja. Selepas itu bentukkan supaya menjadi bentuk  " U " untuk memudahkan pemasangannya.

20. Kalau nak menampakkan Gaya Gyaru eloklah bulu mata yang agak lebat sedikit. Ermm kalau yang sudah bersuami elok mintak izin terdahulu ye.


*** Untuk tutorial sorok kening sila rujuk tutorial ini tau !





InsyaAllah, lepas ini CNP akan tunjukkan macam mana nak shadding / mancungkan hidung ok hehehe. Almaklumlah hidung CNP penyek sikit :)




Inilah CNP @ Cik Nurul Pinky, Makeup Gaya Gyaru Muslimah.

Barang-barang makeup yang CNP guna kali ini semuanya saya ada jual.. So sesiapa nak order apa-apa just isi form dibawah blog ini yer.

Sesiapa yang kurang faham atau ada apa-apa nak tanya sila email pada saya di cnp_ciknurulpinky@yahoo.com


Sign Out secara tetiba **

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in