Rabu, 21 Disember 2011

DOLLY EYELASHES

Assalamualaikum,


Penatnya badan sehari dua ni huhu kalau dapat pergi Spa fuhhh alangkah bagusnya, tapi masalahnya masa yang tak mengizinkan..InsyaAllah pulang dari bercuti bersama keluarga tersayang hunjung minggu ni harus ajak mama pergi spa hehehe.


Oklah kali ini CNP nak review satu produk yang menjadi kegilaan ramai masa kini iaitu " bulu mata palsu " . Oh ye, yang sudah mempunyai suami haruslah meminta izin terlebih dahulu ye hehe.


Pemilihan bulu mata yang menjadi pilihan CNP ialah gaya Gyaru, dimana kebanyakan gadis/wanita korea selalu memilih gaya ini disebabkan mereka memiliki mata sepet dan ingin menonjolkan bahagian mata tersebut supaya menyerlah. Salah satunya ialah pemilihan bulu mata yang sederhana lebat.





Packing yang sangat comel sekali sampai terasa sayang untuk digunakan =)










 Dalam 1 kotak ini terdapat 6 pasang bulu mata, sangat berbaloi bukan hehe.





Untuk makeup bertunang,nikah,sanding dan dinner saya syorkan Gaya gyaru kod 707 ini, kerana selepas itu pasti anda akan terkejut melihat perubahan di mata anda. 






Brand ini memang menjadi pujaan CNP. Bulunya juga tidak terlalu keras dan sangat selesa sekali. CNP hanya reviewkan barang yang best sahaja untuk tatapan pengunjung blog yang disanjungi sekalian.




Harga Dolly Eyelashes ini ialah : RM15.00 
( 1 SET 6 PASANG )


Berminat bolehlah email ada saya yer : cnp_ciknurulpinky@yahoo.com



** Oklah saya dah ngantuk..tidur dulu ye bab entry ini di tulis pada malamnya hehe.

Isnin, 19 Disember 2011

MISS ROSE MIRACLE TOUCH REVIEW

Assalamualaikum sahabatku sekalian,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga CNP buat review Miss Rose Miracle Foundation. Brand Miss Rose ni pun dah meningkat naik sekarang yelah mak andam pun ramai guna brand ni.. Tak silap CNP brand ni dari timur tengah. Patutlah orang-orang arab bila makeup fuhhhh meletoppp.
 


Muka model sebelum makeup, color kulit muka tidak sekata di sesetengah kawasan muka dan dipenuhi jerawat-jerawat halus.
 



Inilah hasilnya setelah menggunakan produk Miss Rose Miracle Touch Foundation.. Produk ni sangat sesuai untuk pakai harian, ialah kalau pakai naturactor untuk harian boleh kopak duit betul tak? hehehe. Muka nampak glow dan smooth je malah jerawat pun tidak kelihatan lagi..nampak muka gebu adalah hehehe.




Hah inilah produk yang CNP katakan tu..terbaru dipasaran..Laris macam goreng pisang panas, itu sebab CNP nak cuba apa yang membuatkan produk ni asyik sold out je stoknya..rupanya hasilnya memang hebat rrr.

Di Luar negara, produk ni bernama MAX FACTOR MIRACLE TOUCH dan digunakan dikalangan celebrities Hollywood..




 
Packing Max Factor Miracle dan Miss Rose Miracle memang sama 100% bezanya pada nama hehehe.



 
Betulkan sama dengan Max Factor packingnya hehehe.

 



Span khas memang dah disediakan bawah penutup hitam tu, senanglah sikitkan tak derlah susah payah nak g mencari span pulak lepas tu :)

So pada sesiapa yang berminat nak order Miss Rose Miracle Touch Foundation bolehlah email pada CNP dengan menyatakan warna kulit anda supaya senang CNP berikan kod yang bersesuaian.

Harga RM15.00 sahaja
 
Untuk mendapat respon dengan cepat sila email pada saya yer


Khamis, 15 Disember 2011

TWEET..TWEET..ME AT TWITTER

Assalamualaikum,

Hari ini tak ada update pasal makeup or review produk semua tapi nak bagitahu tentang twitter !

Oklah untuk menyenangkan anda semua kalau nak tanya apa-apa atau nak borak-borak, berkenalan antara satu sama lain meh lah add CNP yer.


Dulu saya privatekan tapi sekarang sudah tidak lagi hehehehe...

Salam perkenalan buat semua darling-darling hehehehe.

Add me : Nurulhasmiza


* Teringin makan nasi lemak sotong tetiba* byeeee...

Rabu, 14 Disember 2011

MAKEUP HARIAN/OFFICE/DATING

Assalamualaikum..

Maaf semalam tak sempat update, kesihatan CNP tidak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah Allah beri dugaan yang mampu saya tanggung.

Petang semalam dalam jam 5, sepupu CNP datang ke rumah untuk makeup mukanya sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.. Memandangkan dia dah datang rumah dan CNP pun dah beransur sihat laju je CNP menconteng ke mukanya hehehe.



Barang-barang yang diperlukan untuk makeup basic boleh rujuk sini



Muka sebelum dimakeupkan..



Selepas dimakeupkan dari pandangan sisi..




Dah siap !!! Mira request makeup yang natural je tak nak tebal-tebal so inilah hasilnya hehehehe.

* Semua gambar makeup yang di upload ke blog ini adalah 100% original dan tiada penggunaan Adobe Photoshop.


- Sign Out secara terus terang -

Isnin, 12 Disember 2011

MAKEUP UNTUK SI MATA SEPET

Assalamualikum dan selamat pagi...


Wah hari ni Selangor cuti jeles tau ! Tak pe tahun depan office CNP pun akan berpindah dikawasan Selangor jugak hehehhee.


Oklah, kali ini CNP nak review makeup Natural untuk bertunang, nikah atau bersanding. Iyelah ada setengah tu nak makeup nampak smooth je kan,  so inilah hasil yang CNP telah olah semasa belajar makeup bridal tempohari. Alhamdulillah CNP dapat sijil tau ;)



Wajah sebelum makeup..kulit muka kelihatan banyak kesan jerawat..



Inilah hasilnya setelah hampir 2 jam bermain dengan pelbagai color hehehe. Kening memang tak cukur cuma gunakan teknik sorok bulu kening sahaja hehehe.




Kerana matanya kelihatan sepet, so CNP terpaksa menggunakan teknik smokey eye untuk membesarkan matanya. Lagipun CNP suka tekankan dibahagian mata untuk menyerlahkan lagi makeup tersebut. hehehe.

Owhhh sedapnya jus peel fresh tetiba heehe.

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in