Rabu, 15 Mei 2013

JALAN-JALAN DI BUKIT BINTANG

Assalamualaikum,

Selamat tengahari semua. Fuhh semalam busy betul sampai tak terkejar dengan semua date line yang dah ditetapkan. Kalau siapa follow Instagram aku mesti tahu tahap busynya. Minggu ni just nak borak-borak santai je tapi minggu depan bersedia yer sebab ada barang makeup akan sampai Jumaat ni yang THE BEST sebab semua eyeshadow,blusher,lipstik ada dalam 1 bekas hehehe.


 
 
Hujung minggu macam biasa keluar dating with En suami ok. Dapatlah sambar 2 helai cardigan jacket yang tengah in sekarang ni.  Siapa selalu pergi tempat ni mesti tahu kat mana aku bergambar ni hehehehe. Tapi ada juga pergi H&M ,ZARA,UNIQLO dan PAVILLION. banyak koleksi baru dah keluar yang cun melecun, korang pun harus pergi serbu tau hehehe.
 

 

Gambar ni aku pakai LIPTINT CHERRY tau.. suka sangat-sangat dengan Liptint Kissbeauty memang tahan lama dibibir hehehe... auuwww rasa macam artis korealah plok. K-pop !!!
 
 

Isnin, 13 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU MA DAN MAMA

Assalamualaikum,



Semalam hari Ibu bukan?? Tapi aku belum berkesempatan untuk untuk keluar dengan ma dan mama mertuaku tapi aku dah call untuk WISH !!. Dua-dua orang mama ni sangat-sangatlah busy. InsyaAllah Jumaat or Sabtu ni akan ku tunaikan. Mama mertua awal-awal lagi dah bagitahu hadiah Birthday dan Hari Ibu dia tak nak aku beli dari sini dia nak dari sinunnnnnn, kebetulan birthday mama 2 hari sebelum Hari Ibu. Oklah wahai mama mertuaku, menantu mu yang comel lagi sweet ni akan tunaikan yer.

Ucapanku :

Selamat Hari Ibu buat Ma dan Mama mertuaku. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan berjaya didunia dan akhirat. Dari kecil sampai besar bila orang tanya siapa kawan karibku pasti nama NORIZAN BT MAMAT akan ku jawab sebab ma lah pendengar yang setia baik gembira or sedih dan ma juga pengkritik tetap untuk aku berjaya. To Mama mertuaku terima kasih kerana menyayangiku walaupun aku agak nakal hehehe. Aku berharap Allah berikan aku rezeki untuk aku pula merasakan kenikmatan menyambut hari ibu seperti ibu-ibu yang lain aaminnn. Ma dan Mama insyaAllah ada rezeki kak yu belanja ma dan mama ke Mekah yer..Doakan yer. aaminnnnn.


p/s : Semenjak dua menjak ni aku selalu menerima email bertanyakan total harga setiap kali aku pergi holiday. Oleh kerana itu next holiday selepas ini akan aku berikan lagi detail-detailnya yer. Tq sebab sudi singgah dan email padaku. Aku hargai sangat-sangat dan aku janji aku akan balas setiap kiriman email korang semua.

Jumaat, 10 Mei 2013

LIPTINT - PEMERAH BIBIR ARTIS KOREA

Assalamualaikum,

Jumaat dah hari ini. Cepat betul waktu berlalu dan penantian aku sudah tinggal dalam 40 hari lagi hehehe.

Oklah nak kongsikan testimonial customer Inidiarinurul.com iaitu si manis Izzati. Dia telah menghantar gambarnya dengan liptint Cherry ke whatsapp CNP. Mulai hari ini komen customer akan CNP review dalam blog ini, so kepada customer yang membeli apa-apa barang dalam blog Inidiarinurul.com email kan gambar anda dengan barang yang dibeli untuk diupload ke dalam blog Inidiarinurul.com

Tq Izzati sebab sudi shopping di Inidiarinurul.com yer.


 
Ini pula pertanyaan dari Elmi Zairina

 
 
Jawapannya ialah :
 
Liptint ini adalah keluaran dibawah Jenama Kiss Beauty. Packing dan color adalah terbaru. Color-colornya pun banyak pilihan daripada sebelum ini dan yang bestnya ia tahan lebih lama tau hehehe.
 
 

Rabu, 8 Mei 2013

PROJEK RAYA BERMULA

Assalamualaikum,

Now dalam mood mencari dan menyiapkan koleksi untuk keluaran Hari Raya nanti. 1st time inidiarinurul.com mendapat kepercayaan untuk keluaran kali ini dan InsyaAllah kami tidak akan menghampakan anda semua. Apakah koleksi yang akan dikeluarkan oleh inidiarinurul.com ? Tungguuuuuu ok           ^_________________^

Alhamdulillah buat masa sekarang semua perjalanan berjalan dengan lancar. InsyaAllah kalau diizinkan olehNya, koleksi inidiarinurul.com akan dikeluarkan pada hujung bulan 6 atau awal bulan 7 yer.

Terima kasih atas sokongan dari anda semua dan atas sokongan ramai ini Pihak Inidiarinurul.com akan memberikan harga yang sangat-sangat berpatutan. Tq

Oh yer tempahan makeup untuk tahun 2014 telah dibuka yer. Siapa berminat boleh email untuk mendapatkan harga yer.

Selasa, 7 Mei 2013

KENANGAN PILIHAN RAYA 2013

Assalamualaikum,

Korang semua dah jalankan tanggunjawab sebagai pengundi ke ahad kelmarin? Macam aku pun sudah menunaikan tanggungjawab tersebut. Tahun ni kira 2nd time lah aku mengundi. Seronok bila tiba Pilihan Raya ni sebab " PERANG POSTER " ! Kadang-kadang berangan jugak kenapalah masa kahwin dulu bukan time pilihan raya,  kalau tak boleh dah bergambar dengan baju pengantin dikelilingi bendera-bendera pelbagai parti, yang bestnya siapa yang dapat pengalaman macam ni pasti tersenyum sendiri bila teringatkan kembali bukan? Bukan senang nak dapat peluang macam ni dan jarang-jarang dibuat orang HAHAHA. Tapi kalau aku comfirm sanggup !!!





Inilah buktinya aku telah mengundi. Tapi dah masuk hari ke 3 dakwat di jariku masih ada. HEHEHEHE aku lagi suka biar orang nampak aku dah mengundi ecehhh.






Yang bestnya pengalaman menjaga kaunter rujukan saluran untuk para pengundi semua. Selama seminggu, setiap malam dari jam 8.00 malam hingga 12 malam terpaksa berjaga demi Negara. Wahhh ayat tak nak indah lagi kan ^_____^ dan pada hari mengundi tetap kena bertugas 1 hari suntuk. Tapi aku berasa puas sangat-sangat sebab inilah pengalaman pertama kali dalam hidup diriku menyertai kerja-kerja ketika Pilihan Raya. Dulu tengok mama je bertugas kini anak comelnya pula mengikut wakakaka.



Yang kelakarnya, dah sah-sah aku jaga bahagian nak cek no saluran mengundi boleh pulak time nak g mengundi tu lupa no saluran.. buat kena gelak je dengan member-member kat situ. Oklah pilihan raya pun dah tamat so janganlah sepanjang tahun kita duk bercakap pasal politik je. Politik tetap politik tapi jangan sampai memecahbelahkan silaturrahim sesama ISLAM.

Doaku semoga Barisan Nasional boleh bersatu bersama Pas untuk kemakmuran Bangsa Melayu dimasa akan datang. Kita tengok betapa teguhnya Bangsa Cina dengan Bangsa dan kaumnya sendiri cukup membanggakan. Tak mustahil kalau kita bersatu, kita boleh jadi seperti mereka aaminn.

 




Segala coretan di blog ini adalah untuk tatapan pada tahun-tahun akan datang dan juga untuk tatapan anak-anakku InsyaAllah.

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in