Jumaat, 13 Disember 2013

AKU DAH JATUH CINTA

Assalamualaikum,

Aku dah jatuh cinta dengan iphoneeee. Aduhhh macam mana hati boleh berpaling tadah pulak sekarang ini hoiii. Harus nak cari seketul ni sebab dah teruja yang amat.

Tapi blackberry dan samsung tidak akan aku lupakan tetap dihati dan dibawa ke hulu hilir sekali. 



Ini koleksi En suami yang memang hantu dengan barang Apple. Sekarang aku pulak yang dah kena rasuk nak pakai iphongggg ni.

Byeeeee.... masih di Port Dickson yo !!



Khamis, 12 Disember 2013

GRAND LEXIS CNP DATANG

Assalamualaikum,

Hello Nurul packing baju dan terus ke PD yer.

Ok Bos !!!

Begitulah aku semalam. Jam 1.45pm berkejar balik rumah packing baju untuk ke Grand Lexis selama 2 malam berkampung disini. Kerja macam aku ni memang adakalanya kena standby aje tapi aku suka dengan kerja ini. Bos pun baik dan bertolak ansur kira bonuslah tu kannnn.

Tapiiii kesian pada En suami sampai Malaysia, isteri sudah berdesupppp outstation. Aku hanya sempat sms je memandangkan masa dapat arahan tu en suami dah dalam flight pulang sini. Ohhh tak sempat nak jumpa tentang mata hehehe. Aku sampai PD je terus aku cuba call dia nasib boleh cakap hehehe.




Oklah nanti aku reviewkan hotel ini yer. Tapiii memang dah ramaikan duk menginap sini. Aku je baru nak rasa hehehe tak apalah Free kan sape tak nak hehehe.

Oklah nak terjun kolam kejap byeeee. booooommmmmmm dushhhhh yahoooooo.


Rabu, 11 Disember 2013

OMEGA GUARD MENGUBAH KESIHATAN CNP

Assalamualaikum,

Promosi Omega Guard datang lagi untuk tahun 2013. Masa inilah kita nak untung sebab beli 6 botol FREE 1 botol lagi.. Iye saya tahu tidak semua mampu beli vitamin ini sekaligus, tapi insyaAllah saya boleh bantu anda untuk dapatkan SET BAJET VITAMIN INI. Just email saya yer.



Dulu badan saya memang lesu 100% bila petang menjelma, kadang-kadang tu mata dapat bertahan sehingga menanti solat Magrib je dan Solat Isyak perlulah saya bangun kembali sebelum Subuh muncul. Masa tu pun kesegaran badan saya bukan 100% dah power full. Kehidupan saya yang bekerja dan bisnesswomen membuatkan tenaga saya cepat berkurangan dan penat yang amat.

Alhamdulillah sejak mengamalkan Omega Guard ni kehidupan saya berubah 100%. Betul saya tak tipu..saya turut memaksa papa dan mama mencuba sekali dan akhirnya bila stok Omega habis menggelupur mintak saya order kembali hahaha. Yang pasti kedua ibubapa saya sihat. Setiap apa yang kita buat DOA, USAHA DAN TAWAKAL mestilah diiringi seiring dengan apa yang kita dah lakukan. 3 perkara tu selalu yang papa saya ungkapkan dari saya kecil hinggalah dewasa.

Dalam masa yang sama saya boleh menurunkan berat badan secara sihat. Inilah rahsia saya menjaga badan untuk kekal sihat dan mendapatkan berat badan idea.


Jom kita tengok siapa yang wajib makan Omega Guard ini :-

  • Asma dan lelah ini kerana Omega berperanan mengelakkan kesejukanMengalami
  • Ingin menurunkan berat badan
  • Penyakit gout
  • Penyakit Kulit seperti alahan seafood, resdung,Ekzema dan gatal-gatal
  • Penghidap Sakit jantung dan darah tinggi
  • Penghidap Kanser
  • Ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu
  • Mengalami sakit dan keradangan sendi
  • Mengalami kebas-kebas tangan, kesejukkan kaki dan tangan terutama wanita lewat
Oh yer Omega Guard diperbuat daripada  Minyak Ikan Terbaik Di Dunia 

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.



Keratan Akhbar Kosmo

Memandangkan Bulan Disember ini CNP buat Promosi Harga Runtuh, so anda akan dapat harga yang memang-memang super duper rendah. Untuk customer yang membuat pembelian dengan CNP, InsyaAllah CNP akan guard anda sehingga berjaya.
 
Sebarang pertanyaan boleh email dengan tajuk ' Shaklee ' ke
 
 
Jangan lupa beritahu masalah anda yer supaya senang CNP bantu.
 


Selasa, 10 Disember 2013

DIP N DIP & EMMA MAEMBONG

Assalamualaikum,

Seminggu En suami terbang dan masih menunggu dia pulang ke tanah air. Huhu kali ini tak dapat ikut sebab aku busy dengan kerja so En suami ajelah terbang tanpa isteri tersayang...

Hello En Abang tak rindu saya ke?
Jangan lupa belikan hadiah untuk saya tau ^___^

Walaupun dia berada jauh dari aku tapi setiap 2 jam dia akan call untuk update pasal aku dan dia hehehe. So tak terasa sangatlah En suami tiada disisi.

Ohh En abang tahu tak adik-adik awak culik saya bawa saya jalan-jalan sampai ke e-Curves ? Seronok sangat sampai lupa diri kejap yang diri ini bukan bujang lagi hahaha. Diaorang bawa saya makan Dip N Dip sedappppp sangat tapi saya tak makan banyak sebab bukan pencinta coklat pun cuma saya pencinta HANDBAG !!!




Bagi aku cukup order crepe ini dan air,  itupun tekak aku dah menjerit-jerit cari air masak hahaha. Nanti En suami balik nak bawa dia dating sini pulak tapi I cuit-cuit aje makan sikit hehehe.




Tapiiiiii Dila dan Fazly kejam sebab lepas hantar orang balik dari eCurves dia cabutttt pergi Shah Alam jumpa Emma Maembong tengah shootingggggg !! Tak adilll sebab orang pun nak ikut sekali huwawwwww... Emma I pun rindu dekat you jugakkkkk !!!

Itu sahajalah coretan hujung minggu keluar tanpa awak En Abang. Lain sungguh bila awak tak ada sebab air Chocolate Rm14.00 pun saya terasa mahal hehehehe. Kan best kalau awak ada boleh beli macam-macam hehehe.

Bye awak yang jauh di perantauan... Muaaahhh.

Isnin, 9 Disember 2013

GIFT DARI DISNEYLAND

Assalamualaikum,

Ya Allah masa duduk menunggu adik ipar aku si Fazly habis kerja terus godek blog kejap. Tengok kat draft konon-konon nak bilang berapa lagi yang belum dipublish tapi bila terpandang 1 draft ni terus terkejut berukkkk sebab tak update lagi entry ini padahal dalam instagram dah berkurunnnn.

Nasib Fazly bagitahu dia kena OT selama 2 jam iaitu dari jam 10 malam hingga jam 12 malam so ambiklah masa itu untuk update. Nasib baik fazly sediakan air Chocolate Cream Chip untuk kakak ipar dia yang comel ini hak..hak.. Boleh cover mata yang dah rabak ini.

 
Terima kasih banyak-banyak Kak Mimi . Aku kenal Kak Mimi ni dari zaman Fotopages lagi hinggalah ke blogger hehehe, Jumpa pun dah berapa kali dan yang bestnya Kak mimi sangat baik dan lembut tau hehe. Terkejut bila terima gift dari Hong kong hehehe. I love youlah sama akak hehehe.
 
 
Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in