Selasa, 1 Disember 2015

KE KOREA KITA ( DAY 1 ) HELLO KOREA !

Assalamualaikum,
18/11/2015 - Rabu 


1.30am adik bongsuku dah kejutkan, janji dengan dia tak nak tidur tapi terbabas juga hahahaha. Bersiap-siap tunggu van kawan papa sampai dalam jam 2.30am kami bergerak ke Keramat untuk ambik En Fendi, Dila dan mama mertuaku. Jam 4.30am kami selamat sampai di Airport KLIA 2


Kejadian yang mendebarkan kami semua, bila time nak check in nama penumpang ada tapi booking untuk bag dan makanan hanya ada pada nama En Fendi sahaja dalam sistem Airasia. Nasib baik jugalah En Fendi printkan siap-siap detail pembelian makanan dan bag secara online semasa pembelian tiket dibuat. Kalau tak bayarlah wei 1 kilo RM50.00 harap maklum. Ada sorang  mamat staff Airasia ni masa di kaunter aduhaiii slow yang amat buat kerja. Kalau staf wanita lain cepat, tangkas dan membantu. Setle drop bag kami semua pergi makan dan solat subuh. Makan The Chicken Rice Shop aje selepas pemeriksaaan Kastam. Nasi ayam seorang RM18.50 seorang.







8am Flight take off dan inilah kali kedua aku tertidur time mula nak terbang hahahaha 
1st di London 2 tahun lepas. Dalam flight aku tidur hingga jam 10.30 pagi. Besar jugak 
Airasia X ni... Dah terjaga tu aku bangun dan merayap dalam flight, tengok Running Man dan 
tidur balik hahahahaha... Yang bestnya dapat berkenalan dengan Kak Naemah dari Putrajaya.
Macam-macam dia bagi makanan kat aku syokkk oooo. Hai Kak Naemah !!!!



Mula-mula bila dapat tahu dapat seat paling belakang sekali mulalah macam bengang je tapi bila dah duduk kat kawasan ni rasa best plak sebab dekat dengan toilet dan boleh berjalan-jalan untuk regangkan tulang punggung dan pinggang hehehehe.


Nampak tak dekat address in Korea tu? Korang tak boleh tulis nama tempat macam En Fendi tulis tu sebab semua family CNP sangkut masa cop immigration Korea kes alamat tak lengkap. Jenuhlah CNP buka buku travelog tu dan tunjukkan pada orang kastam tu. Itupun orang Kastam terkejut tengok buku travel log aku tu hahahaha.

Alhamdulillah dalam perjalanan nak sampai Korea ni, Allah bagi kami tengok rupa salji depan
 mata sebab salji tersangkut di cermin flight... Biasalah orang tak pernah tengok macam 
mana rupa salji tu yang jakun jap hehehehe... Tepat jam 2.30pm kami selamat sampai di Incheon Airport. Besar giler airport Korea ni sampai nak ambik bag pun kena naik train pergi ke  bangunan sebelah hehehe.





Bangga kejap bila nampak bendera Malaysia di luar negara..


Mama dan mama mertua..


Suasana dalam train untuk ambik bag...


Setle Kastam, terus pergi ambik bag tapi yang mat mendukacitakan CNP adalah bag pecah.. nasib semua barang tak terkeluar huhuhu.. punyalah pergi Negara lain tak adalah seganas Korea ni huhuhu..


Lepas ambik bag, jangan lupa isi form custom declaration yer.. Jujur aje apa yang korang bawa insyaAllah lepas.

Keluar aje dari pintu serahan custom declaration ni belok kiri akan Nampak 7Eleven. Dekat sini pergi kaunter minta RELOAD T-MONEY atau kalau korang nak beli T-money pun boleh kat sini. Kitaorang semua topup 30,000 won (RM120.00) setiap sorang.



Stok makanan selama 10 hari di Korea. Alhamdulillah mencukupi dan ada lebih kami tinggal di Guesthouse je. Guesthouse CNP book melalui AIRBNB (tinggalkan email korang dekat komen entry ini kalau nak diskaun harga nanti CNP add )

Macam CNP menginap di Hongdae, so tak perlu naik Arex Express sebab Arex Express terus ke Seoul station. Kami naik train Arex yang berhenti-henti setiap station aje sebab train Arex ini akan berhenti di Honggik Station @ Hongdae. Kos jauh lebih murah iaitu
4050 won (rm16.20) sahaja berbanding Arex Express 6500 won. Korang jangan keliru tau antara Arex train (train berhenti-henti setiap station) dan Arex Express.

Dekat airport kalau korang keliru nak naik train mana, korang boleh ke Information kaunter sebab dekat situ pandai cakap English. Nnati dia akan bagi pandangan untuk naik apa.

Masa nak sampai ke GH ni, CNP memang tak pakai baju sejuk lagi sebab dekat airport dan train agak suam-suam panas kos diaorang pasang heater, so malaslah nak pakai baju sejuk. Tapi bila dah sampai Honggik Station keluar aje dari underground fuhhhh mengeletisss kesejukan tau.. Nasib tuan rumah bagi alamat dalam Bahasa Korea, so kami tahan teksi dan tunjukan alamat tersebut. Alhamdulillah jam 6.30pm kami selamat sampai GH dan wife owner menyambut kami dengan mesra sekali. GH tingkat 4 oiii dah lah tak ada tangga. Sini jarang GH ada lift hehehe. Tapi yang best GH kami ala-ala apartment sebab tak perlu kongsi bilik air dan dapur dengan orang lain. Kos naik teksi 3200 won (RM12.80 / 3 org ) Teksi Korea canggih sebab bila kita bagi alamat terus diaoarang key in Gps hehehe.

CNP syorkan korang guna Application Subway Navigation untuk Android. Memang sangat-sangat membantu korang kat Korea.


Direction :

Dari Incheon Airport ( Arex train ) - Honggik Station ( Line 2 Exit 1 )


Sini time winter siang pendek, dalam jam 5.30pm dah Magrib dan 6.45pm Isyak. Orang Korea memang baik hati dan suka tolong menolong terutama pelancong luar, walaupun diaorang tak faham Bahasa kita tapi gigih untuk membantu juga.

Lepas jamak solat Magrib dan Isyak, kami yang muda mudi ni keluar jalan-jalan disekitar GH. Ya Allah sejuknya sampai ketulang. Merayap beli coffee dan banana Uyu 1000 won X 4 botol (RM4.00 x 4 ) atau lebih dikenali susu pisang. Memang sedap kot dan wajib cuba bila datang Korea.

Dekat area penginapan bahan mentah seperti sayur dan ikan tak susah sebab dekat dengan supermarket area GH. Beli air mineral 20 botol kecil 6200 won ( RM24.80 )




















Adik aku beli Coffee 2200 won (RM8.80) sebab katanya datang Korea wajib cuba semua Coffee yang ada hehehe. Sepupu En Fendi pun cakap benda yang sama. Aku bab-bab kafein ni kureng sikit sebab mudah sangat sakit kepala. Dekat sini sengaje beli coffee dalam tin panas punya sebab nak warm kan tangan.






















Jam 9.30pm balik GH sebab dah tak terasa kewujudan pipi dan hidung hahahaha. Sejuk-sejuk ni perut sentiasa lapar so sebelum tidur kitaorang melantak Maggie goreng Dilla masak hehehe.


Tingkat bilik buka sikit aje sebab sejuk melampau sangat hahahaha...Lepas makan terus Zzzzzzz.


Bajet yang dibayar dari Malaysia :

Nasi Ayam di Klia2 = RM18.50


 Bajet Hari Pertama  :

Topup T-money = 30,000 won (Rm120.00)

Train Arex = 4050 won (Rm16.20)

Teksi dari Honggik Station ke Guesthouse Mopu-gu = 3200 won (Rm12.80/3 = RM4.20)

Susu Pisang = 4000 won (RM16.00/2 = RM8.00)

Mineral water 20 botol kecik  = 6200 won ( Rm24.80)


Total : 47,450 won = RM191.70 untuk 1 orang ( termasuk nasi ayam )

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Korea.

Isnin, 30 November 2015

PERSEDIAAN KE KOREA

Assalamualaikum,

Wah lama betul CNP menyepi kali ni kan hehehe. Oklah lepas ni selama 10 hari korang akan mengadap entry di blog ini, jangan muntah sudahlah yer. Kali ni CNP akan bawa korang berjalan ke Korea hahahaha. Alhamdulillah selama 10 hari 9 malam di bumi Korea banyak mengajar CNP mendekati diri dengan Allah. 

CNP pergi dengan family termasuk papa, mama, mama mertua, adik bongsu, adik ipar dan En Fendi. Semuanya secara backpackers je memandangkan bajet ciput hehehehe.

Oklah Part 1 ini mengenai persediaan ke Korea memandangkan CNP pergi pada 18 Nov hingga 27 Nov 2015. Suhu dalam 10'c hingga -3'c 

CNP dan family memang setiap travel trip wajib ambik insurans Travel walaupun sesetengah orang cakap membazir tapi itulah yang penting sekiranya berlaku sebarang kemalangan di luar negara. 

Macam CNP kalau bulan Mac beli tiket flight, bulan April setlekan guesthouse pulak then lepas tu baru start kumpul duit untuk Korea. Bukan sekali gus keluarkan duit untuk flight dan Guesthouse pengsanlah kalau macam tu hahaha.




Start tukar duit masa bulan Mei 2015, masa tu rate 1000 won Rm316.00 sehingga minggu akhir nak fly tukaran menjadi 1000 won Rm386.00 giler tinggi ok. Masa di Korea tukaran kat sana lagi mencekik darah dalam Rm400+++

Kitaorang tukar di Mid Valley dan Bukit Bintang.


Duit Korea.


Inilah duit Korea.

Jadual Perjalanan


Inilah Journal Korea Trip yang telah CNP study sebelum ke Korea. Almaklumlah 1st time kan ke sana so kenalah study betul-betul hehehehe.

Peralatan Winter.


Dari Malaysia CNP dan family hanya beli sehelai baju sejuk je sebab dekat Korea semua baju sejuk murah giler-giler dari Malaysia, tambahan dah dekat nak snow lagilah diaorang bagi diskaun. Semua barang winter beli dekat Daiso aje kecuali baju sejuk Pink tu di Uniqlo itupun pakai untuk tidur aje sebab pakai dekat luar baju pink tu tak dapat menampung kesejukan suhu di Korea. Barang Daiso lagilah tak lut huhuhu. Mafla oren tu sangat-sanagat membantu warmkan leher. Beli dekat Universal Traverler. Dekat Underground subway banyak jual barang winter, so boleh je beli kat situ sebab murah pun murah.


Adapter Plug


Adapter plug jangan lupa bawa kang tak caj bateri hp, kamera,ipod semua kang hehehe. Korea plug dia jenis macam Indonesia ada 2 lubang tu.







Nasib baiklah adik ipar aku si Dila google pasal Korea terjumpa Website Korea Tourism Organization. Siapa yang pergi Korea dalam tahun 2015 boleh ke KTO untuk dapatkan kad T-money dan segala maklumat tentang Korea disini dengan syarat daftar jadi member KTO dan bawa detail tiket flight. Setiap tahun promosi dia berlainan. Alhamdulillah jimat duit beli T-money hahaha. Korang boleh rujuk di website Korea Tourism Organization 


3 Hari sebelum fly barulah kelam kabut packing barang hehehe. CNP bawa 3 bag jenis beranak punya sebab 1 bag isi makanan penuh termasuklah mini rice cooker.


Ubat-ubatan




 Setiap kali travel ubat-ubatan memang wajib bawa persediaan kalau sakit demam semua. Nasib bawa ubat sebab selsema teruk dan demam. 


Baju harian


Bawa tshirt 3 helai aje pun sebab tshirt pakai belah dalam bukan nampak pun kan hehehe yang penting baju sejuk kat luar tu hehehe..Long John jangan lupa bawalah yer.


Makanan




Inilah stok makanan selama 10 hari 9 malam di Korea untuk 7 orang. Hehehehe pergi musim sejuk memang cepat lapar.



Bajet yang dibayar dari Malaysia :

* Kiraan mengikut rate tukaran bulan Mac 2015
Guesthouse Apartment Hongdae 9 Hari 8 Malam = Rm532.00 untuk 1 orang 


Guesthouse Incheon Airport Yegrina 2 Hari 1 Malam = Rm71.00 untuk 1 orang

Flight Airasia = Rm528.00 pergi balik ( promosi Rm219.00)


Kos makanan dibawa dari Malaysia = Rm43.00 (Rm300.00 untuk 7 orang)

Insurans travel = Rm80.00

Sewa van hantar dan ambik di KLIA = Rm65.00


Total : RM1319.00 untuk 1 orang

Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in