Khamis, 4 Ogos 2016

PHUKET TRIP ( PART 3 )

Assalamualaikum,

Jam 10am keluar sarapan pagi di area Masjid Patong, itupun selepas bertanya di mana makanan halal ada dekat seorang mamat masa isi minyak motor..
Sempatlah juga booking airport transfer ke Airport jam 2pm nanti. Diaorang caj 800bath = RM80.00


Suasana dalam hotel Tiger Phuket.


Suasana keadaan luar Hotel Tiger.. Nampak belah kiri aku signboard color kuning tu?? dekat situlah aku ambik pakej Island tu hehehe.


Dimana-mana Harimau jinak jaga kami di Hotel ni.. hahahahahaha



Tudung yang selesa dan senang dipakai akan aku bawa setiap kali travel. Tudung ni dari @malayastation


Sarapan pagi Nasi goreng Tom Yam + teh ais = 10,00bath (RM10.00)
Roti Canai + teh hijau = 10,000bath (RM10.00)





Hawa Kitchen memang sedap dan halal.. betul-betul berdekatan Masjid Patong.




Teh ais, Green Tea dan macam-macam hanya RM2.00 SAHAJA untuk 1 cup besar. Fuhhhhh terkejut i tau..


12pm terus ke Kamala Beach. Dekat area situ minyak motor lagi murah dalam RM30 je satu botol mineral tu.. Jalan-jalan sekitar Kamala Beach tu tapi waktu tengahari macam nak terbakar kulit ni hah, walaupun berdekatan dengan pantai tapi langsung tidak berangin. 





Inilah motor yang kami sewa RM20.00 selama 24 jam tau hehehe. murah kan..


Boyfriend i ni..... 



2PM keluar dari hotel, terus melepak di Mall sebelah hotel tiger tu. Kes nak aircond so marilah manapak dalam mall hahaha teringat kat Korea, masuk Mall sebab nak dapatkan haba panas hahahaha. Dilla nampak pool terus ajak main so marilah habiskan waktu sikit disini.



Suasana area restoran dalam Mall. sementara tunggu Dilla ke toilet so kami selfie lah hehe.



Singgah pasar basah depan hotel Tiger untuk beli serbuk teh dan green tea utamanya tapi lepas tu nampak nenas kecik dan mangga terus beli jugak.


Inilah hotel Tiger area Patong..



5pm lepas solat, mandi semua terus ke Kamala Beach semula untuk tengok sunset dan dila teringin naik payung terjun tu..









Pandang mana tuuuuu..


Aku tengok ombak macam tu dah takut yang amat almaklumlam trauma kot walaupun bukan aku yang rasa sendiri tapi tengok berita pun dah ngeri Tsunami.



Jam 8pm gerak balik dan singgah Mall sebelah Hotel Tiger untuk belikan sesuatu untuk adik-adik aku. Aku macam biasa negara yang aku lawat tu wajib cari frame gambar hehehehe nanti nak letak gambar-gambar kenangan masa cuti.


Setle shopping dalam Mall, terus ronda-ronda cari tempat massage hehehe datang sini tak massage memang rugi dah lah murah.. aku dan En Fendi satu bilik siap pesan tak nak diasingkan hahaha. Lepas setle massage terus lepak makan pulut mangga, jus mangga,pancake nutella dan tomyam. 

12 pagi barulah pandai nak balik hotel hahahaha. Badan dan mata aku ni dah kejung tu yang ajak diaorang balik.




Selasa, 2 Ogos 2016

PHUKET TRIP (PART 2)

Assalamualaikum,

Update blog secara tetiba lepas kena soal jawab dengan kekasih I... Tetiba pulak mood mari gituuuu. Oh Phuket I miss You sooooooo much. Ok update blog dengan kisah Phuket yang dah basiiii hahahaha. Dah masuk 3 bulan lepas balik baru update.. 


Ini obor-obor atau jellyfish di Raya Island Phuket. Jangan gatal-gatal nak pegang pulok kang gatal seluruh badan hehehe.. mengelupur aku lari bila tengok menatang ni datang dekat hahahaha. Sorry sangat-sangat sebab tiada gambar di Pulau dan snookeling sebab 100% ambik video.. Nanti siap CNP akan publish yer.. Doakanlah CNP cepat2 buat hehehehe.

Jam 9am ada van datang jemput kami ke Pulau sebab ambik full pakejkan.. Korang bayangkan jam 3pm baru keluar dari Raya Island... 6 Jam ok berjemur bawah cahaya matahari !!!!! Snookeling dan berjimba-jimba dengan ikan sampai muka aku naik sunburn, kulit tak sekata, jerawat, dan jeragatttttttttttttt huwawwwww nak nangis aje bila tengok wajah sendiri kat hotel nok..


Korang nampak tak wajah umpama Pau tu kemerahan??? jangan terpedaya lighting tapi disebaliknyaaaaa segala mak nenek tumbuh dekat wajah gebu ku itu huhuhu. sedih kot.  Sejam beremdam dalam bathtup....Tak silap masa ni lepas magrib, siap-siap nak keluar cari makan dan lepak Hard Rock Cafe..



Nampak bangunan tingi belakang aku tu?? itulah Hotel Tiger tempat penginapan kami. Betul-betul sebelah Shopping Mall JUNGCEYLON.. 


Masa untuk merayap dan mencari FRAME gambar untuk kenangan diri sendiri hehehehe...


Phuket trip nilah Trip paling santai aku pernah buat.. naik flight pakai selipar jerrrr sampai mama mertuaku cakap jangan hehehe. Mat Salleh sempoi je kan hahahaha.


Trip ke Phuket ni, last minit sebenarnya sebab trip yang sepatutnya bulan Disember ni CANCELLLLL so hanginlah I, tengok tiket + hotel dan point Airasia yang mana kena dengan pilihan hati jadinya Phuketlah yang kita cari hehehehe.


Misi sewa motor, Alhamdulillah berdekatan hotel Tiger ada tempat sewa motor dengan harga 20,000bath = Rm20.00 selama 24 jam. Cagaranya salah seorang Passport kena tinggal. So tawakal ajelah kami. Abaikan wajah aku yang kemerahan dan color tak sekata dah tu... nampak dah kan sedihhhh I.


Yeayyyyyy sakan nooo kami naik scooter orennnn. Ambik angin malam gituuu.


Dekat Phuket, pemandu tak pakai helmet kena saman tapi kalau penumpang tak pakai helmet tak ada masalah hehehehe. 


Sementara salegirl setlekan Tshirt Hard Rock Cafe kami.. aku posinglah. Korang tengoklah betul tak hakak habak hakak datang sini sempoi bak hang hehehe. Nasib tak kena halau keluar sebab pakai selipar hahaha.






Terima kasih lah kekasih I sebab bawa I datang Phuket.. Dekat Hard Rock Cafe dekat 2 jam sebab kekasih I beli pilih dan beli pun punya lama. I senang aje mana yang dia pilih cun terus minta couple set senang janji tingga jejak hahaha.


Setle urusan beli baju, marilah kita jamu perut dengan masakan Thailand. Ingat cari yang ada tanda halal yer. Kalau tanya semua kedai cakap halal tapi ada pork !!. Kitaorang makan dekat SAN SABAI berdekatan Hard Rock Cafe dan Hotel Merkuri. 


With Cik Aja...


Keluar ni langsung tak pakai apa-apa krim just tempek lipstik sebab muka rasa panassss sangat.





Ya Allah sedapnyaaaa masakan Thailand rupanya.. Ini barulah 100% Thailand punya hahahaha.


Perut dah kenyang, jam 11.30pm kitaorang ronda-ronda sikit  sekitar Pantai Phuket dan terus balik ke Hotel. Penatttttt.





Bajet yang dibayar dari Malaysia :

- Tiada -

 Bajet Hari Kedua  :

Beli Air di Raya Island = 100bath   (RM10.00)

Sewa Payung Pantai Raya Island = 200bath / 5 (Rm8.00) 

Sewa motor 24 jam = 200bath (RM20.00)

Makan malam = 8400bath/5 (RM33.60 )

Minyak Motor = 400bath (RM40.00)

Total : 2300bath = RM111.60 untuk 2 orang ( tidak termasuk shopping )

* Rate matawang mengikut tukaran sebelum ke Phuket.


Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in