Isnin, 2 Oktober 2017

KOREAN WINTER TRIP (DAY 6 ) - YONGPYONG SKI RESORT

Assalamualaikum,

Lama menyepi sekejap, sekarang tak boleh dah nyepi-nyepi sebab banyak dah entry yang tertangguh untuk publish hehehehe...

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu ke Yongpyong Ski Resort.. Awal pagi memang semua dah bangun bersiap sebab perjalanan ke Ski ni makan masa selama 2 jam lebih. Malam sebelum tu kitaorang packing beg siap-siap untuk bawa ke Ski Resort.


Cara ke Yongpyong Ski Resort :

1. Gangbyeon Station Line 2 Exit 4 ( perjalanan dalam 1 jam dan melalui 18 station )

2. Keluar exit 4, lintas jalan betul-betul keluar dari exit 4 tadi dan masuk ke bangunan putih belah kiri selepas melintas (Dong Seoul Bus Terminal Station)

3. Cari kaunter bus, beli tiket ke Hoenggye Bus Terminal (14500 won (RM55)  - one way )

* Perjalanan 2 jam 30 minit, tiada stop kecuali di 2 stesen dalam 30 minit terakhir.

4. Sampai dekat Hoenggye Bus Terminal ambil shutter bus free atau teksi dalam ( 8300 won = RM32.00 ) ke Yongpyong Ski Resort. ( kalau macam tak pasti boleh je tanya orang kat kaunter bus dalam bangunan di terminal Hoenggye tu )

* kalau tak pasti Hoenggye bus terminal yang mana, korang tunjuk je tiket dekat driver bus tu nanti dia bagitahu ye atau tidak.



Permulaan perjalanan jauh....


With Fazly...


Beginilah Subway bawah tanah di Korea..



Inilah kaunter bus untuk beli tiket ke Hoenggye Bus Terminal / Yongpyong Ski Resort



Pergi balik seorang Rm110.00 rezeki kami, masa pergi dapat naik Eksekutif Bus so memang seleasa dan tidur aje sepanjang perjalanan sebab tempat melunjur kaki di sediakan sekali..


Kalau ikutkan bus gerak jam 11.05 pagi, dilla & aja pergi beli burger udang untuk bekalan untuk makan bila sampai di Yongpyong memandangkan masa ada dalam 15 minit lagi sebelum berlepas. Tetiba drive bus bagitahu dia nak gerak sekarang sebab kami je ke sana..aku dah cuak sebab dila dan aja dah pergi beli burger. Berlari aku cari diaorang nasib jumpa. Terpaksalah aku tebalkan muka cakap di kaunter yang bus dah tunggu kami dan perlu dapatkan burger dengan segera.. Lintang pukang jugaklah aku cakap korea janji orang kat kaunter faham hahahaha. Setle di kaunter berlarilah kami dengan selaju mungkin sampai aku terpaksa berlari sambil minta maaf takut terlanggar orang di stesen bus ni.. Fuhh akhirnya dapat semua naik bus hehehehhee..


Dalam bus Eksekutif ..


Inilah Hoenggye Bus Terminal, memandangkan budget ciput so tunggu shutter bus free ajelah..


Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di Ski Resort ni..  Kami menginap di Hotel Yongpyong Ski Resort 1 malam aje itupun mengucap aku bila En Fendi cakap satu malam harga dia RM800++ FUHHHHHHHHH...


beginilah kalau 1st time jumpa salji dalam kadar yang banyak hahahahaha..





#MISIJEJAKWINTERSONATA







Bila suhu makin turun heater inilah yang banyak aku hadap untuk panaskan seluruh badan.. fuh mengcengkam sampai ke tulang tuuuuu..


Bukti suhu -10 ok !! walaupun suhu sejuk nak mampus tapi aku tetap kuatkan diri untuk main salji..iyelah bukan senang kot aku nak sampai sini hehehehe..


Stok makanan yang kami bawa untuk kehidupan di YongPyong Ski Resort..


Alatan memasak basic disediakan so tak perlu angkut periuk nasi pergi Korea hehehehe..





Bangunan belakang itulah tempat penginapan 2 hari 1 malam kami, demi jejak winter sonata wajiblah datang sini hehehehe..





Cafe di Puncak Dragon Peak... kena naik cable car untuk ke Puncak ni.


Siapa layan Winter Sonata mesti tahukan pelakon utama drama ni...



Esoknya, kami bergerak dari Ski Resort dalam jam 2pm dan terus ke Itaewon untuk solat dan makan di EID restoran.



Macam biasa Bulgogi menjadi pilihan hati aku hahahaha.. Sekali makan dalam Rm40.00 gituuuu


Odeng memang menjadi pilihan jajan jalanan untuk tekak aku makan hehehehe..kebetulan depan EID restoran ada jual so aku belilah 2 cucuk. 




Kehidupan di Itaewon waktu malam tetap hidup..sini penuh dengan orang Pakistan dan makanan halal.


Strawberry gemuk dan manis dijual tepi jalan.. Kalau beli di Myeondong memang mahal tapi selain tempat tu murah sikit..


Inilah cable car naik ke puncak ski resort..


Yeayyyyy sampai ke Dragon Peak !!!!






Akhirnya penutup game di Ski Resort kami naik slide di belakang tu...jerit macam apa aje tapi seronok sangat... InsyaAllah ada peluang akan ke sini lagi..



Kalau sesiapa nak layan video Korea trip 2017, boleh search youtube chanel 
CIK NURUL PINKY


Byeeee.... kalau ada pertanyaan terus email ciknurulpinky@gmail.com


Rabu, 29 Mac 2017

KOREAN WINTER TRIP - JAMSIL , LOTTE WORLD (DAY 5)

Assalamualaikum,

Ya Allah lamanya menyepi... kata nak update setiap hari kisah Korea trip tapi nan adonyaa.. maaflah yer.. 

Ok hari ke 5 di Korea baru berpeluang tidur balik lepas subuh hehehe.. penat sangat dengan aktiviti setiap hari yabg padat. So hari ni just chill-chill aje sebab nak ke ronda-ronda area Jamsil dan Lotte World.

Lepas sarapan pagi nasi goreng dan nescafe panas barulah kami gerak. Jam 12 tengahari 
matahari dah terpacak terik tapi habanya nan adoooo !!







Sweater Pikachu tu kalau pakai kat Malaysia memang berpeluh habis lah tapi kat korea tak cukup siap kena tambah satu lagi winter coat hahahaha. Aku beli baju pikachu tu dekat Namdaemun dan kasut winter tu dekat butik di Hongdae, tak silap harga dalam RM60.00 sebijik macam kat Malaysia jual tapi harga Rm400.00 


Setiap kali di subway comfirm aku akan beli hot chocolate di mesin. sejuk satu hal dan aku ada baca tentang langkah penjimatan di Korea, so aku gunakan duit syiling untuk beli minuman hahahaha.



Salah satu sebab nak ke Jamsil, coz sepupu En Fendi baru sampai Korea atas urusan kerja hehehe.. Aku dah rasa macam saudara datang melawat aku aje kat Korea hahahaha... Macam lah duk lama sangat kat Korea padahal hampir 2 minggu aje pun hahaha...berangan aje aku ni. InsyaAllah 1 hari aku akan tinggal jugak kat Korea ni aamin..


Dalam subway dalam perjalanan ke Myeondong..


Disebabkan tak sempat melawat Istana di Myeondong so marilah bergambar latar belakang istana ajelah hehe..


Memandangkan suhu makin sejuk, perut dah menari dangdut so kitaorang singgah di Paris Baguette untuk minum hot chocolate dan roti galic & roti ketam. Sedapnya alahai roti ketam tu rasa macam nak tambah aje hahaha. Mulanya nak makan aiskrim macam kak lieya tapi mengenangkan suhu sejuk macam dah hilang deria rasa so batalkan ajelah niat tu..InsyaAllah next trip kita makan yer hehehe.

Lepas habis makan, naik subway terus ke Guesthouse..badan dah penat so setlekan apa patut dan terus ZZZzzzZZZ.



Update kali ini, CNP tak detailkan perbelanjaan dan perjalanan sebab dah buat yang lengkap pada trip sebelum ini, so korang rujuk trip sebelum ini ajelah. Click aje dekat sidebar sebelah ni.

Video selama di Korea akan diupdate di youtube. Seacrh "ciknurulpinky" ok.



Jumaat, 10 Mac 2017

KOREA WINTER TRIP (BUKCHON HANOK VILLAGE) - DAY 4

Assalamualaikum,

Ya Allah bagilah mood M aku berambus dalam diri ni huhuhu..


Bukchon Hanok Village...

Hari ke 4, hari yang aku konon-konon nak berlagak boleh tahan dengan suhu sejuk kononyaaaa..

Ko tengok baju aku tu.. langsung tak pakai winter jacket okkkkk.. orang lain semua berbungkus dah.


Dekat bontot kereta putih ni lah pintu rumah aku.. setiap hari posing wajib kat lorong ni hahaha.


Baju ni aku beli sebab rata-rata minah korea semua pakai selama aku di Korea. So aku tak lepaskan peluang untuk bergaya ala-ala minah korea hahahaha. Malam semalam beli dekat Hongdae Street.


Nampak tak dengan kaki aku tu stokin hitam??? sebenarnya tu aku pakai untuk cover sejuk dekat keting. hahahaha.

Trip 2016, aku tak sempat nak ke sini Bukchon Hanok Village, Alhamdulillah kali ni sempat jugak. Nampak macam tak ada orang kan tapi sebenarnya ramai kot tunggu turn nak bergambar hehehehe.


Rumah ni bertuan ok. Kebanyakkan yang tinggal kat sini yang kaya raya lah. Oh kalau nak datang sini tak boleh bising-bising sebab rumah ni semua berpenghuni.


Cahaya Matahari dekat Korea memang aku rinduuuuuuu sangat.. tapiiii walaupun cahaya dia menampakkan aku menipu tahap kesejukkan tapi itulah realitinya dekat Korea.






Kesian sungguh dekat boyfriend i ni, sakit kaki luka sebab kekeringan yang melampau..




Aku mulanya tak tahu jugak celah mana nak masuk untuk ke sini, tapi singgah kedai tanya hehehe. baru masuk lorong tetiba jumpa 2 orang mamat merah ni apa lagi teruslah " CHOGIYOOO " hahahaha. Apa korang nak tanya pun boleh dekat diaorang ni.


Kitaorang dekat sini tak sampai sejam sebab semua tak tahan kesejukkan yang melampau, tambah dengan angin yang kuat huhuhuhu memang stok tangan jadi beku n kebas ok. Tak silap aku sebelum nak sampai sini lalu depan Parlimen Korea tapi agak takut mulanya sebab sepanjang jalan polis @ FRU jaga situ. Nasib hensem-hensem so ketakutan pun hilang hehehe. Frust tak dapat pergi sekolah GOBLIN !!!!!


Balik dari BUKCHON HANOK VILLAGE, terus ke Myeongdong untuk lunch. 



Kalau makan nasi goreng Seafoof Yogaane di Myeongdong best sikit sebab ada semua side dish macam dalam gambar tu. Kalau dekat Cawangan Hongdae tak ada yer. Cuma sini mahal 500won lah hehehe.


Boyriend i memang suka makan sini, order nasi goreng seafood + ramen + cheese perghhhhhh..

Lepas habis makan bermula episod mencari order orang hehehe. Boleh dikatakan semua kedai kosmetik sepanjang jalan aku masuk keluar hahaha. tapi masa sampai Myeongdong tu aku dah tak tahan kesejukkan sebab suhu makin lama makin turun.



Taraaaaaaaaa...akhirnya aku terpaksa beli winter jacket ni hehehe..Memang niat dari KL lagi nak beli hoodies berbulu macam ni sebab boleh dikatakan setiap orang korea wajib ada. Lepas beli terus sarung okkkk hahahaha. Kalau kat Malaysia ada dalam RM1K tapi dekat Korea Rm300 .


Ahjumma kedai handbag di Myeongdong..sampai sekarang aku masih berhubung dengan dia di aplikasi Kakaotalk hehehe. handbag aku pakai gambar atas tu, aku beli dekat kedai ahjumma ni lah sebab dia handbag itu pasal mahal sikit kuikuikui.. Ahjumma ni ada anak lelaki tau ada siapa nak berkenalan ke??? ^_____^


Inilah wajah aku bila dah sampai rumah.. MasyaAllah kering yang amat sampai kedutan dekat dahi tu jelas nampak ok !!!!! Sebelum tidur memang aku akan cuci wajah dengan produk korea n pakai sleeping mask.



Update kali ini, CNP tak detailkan perbelanjaan dan perjalanan sebab dah buat yang lengkap pada trip sebelum ini, so korang rujuk trip sebelum ini ajelah. Click aje dekat sidebar sebelah ni.

Video selama di Korea akan diupdate di youtube. 
Seacrh "ciknurulpinky" ok.


Copyright © DiaRy OnLiNeKu... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in